
Apa itu teknik waterslide/ water transfer????
Sedar atau tidak, teknik cetakan ini kerap kali digunakan untuk mencetak cenderamata-cenderamata seperti gelas, mug, pinggan dan item lain. Sebenarnya, teknik ini adalah teknik cetakan yang boleh dikatakan teknik berKOS rendah dari segi kos barangan, material dan juga kos setup. Teknik cetakan ini seakan-akan melekatkan sticker keatas produk seperti mug dan sebagainya.
Jadi, apa bezanya dengan sticker, baik guna sticker……
Perbezaan dengan penggunaan sticker adalah, sticker lebih tebal dari waterslide paper. Jadi, teknik waterslide printing lebih Nampak berkualiti berbanding sticker. Dari segi cara cetak pula, lebih mudah untuk cetak kertas waterslide berbanding mencetak sticker. Jika cetak sticker, kita perlu gunakan solvent ink atau ink khas untuk pvc manakala untuk mencetak kertas waterslide, kita hanya perlu gunakan printer inkjet atau laser.
Saya juga sering melihat produk-produk kreatif yang dijual di online (blog & rangkaian social). Kebanyakan produk mereka turut dicetak menggunakan teknik ini. Antara produk yang mereka jual adalah souvenir kahwin seperti mug, gelas dan pelbagai lagi. Antara Page yang saya sempat lihatyang menggunakan teknik cetakan waterslide :-
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001818200237&ref=ts
http://www.facebook.com/cenderahatibergambar?ref=ts
Berikut adalah video untuk memudahkan kefahaman anda dalam bidang cetakan waterslide. Selamat mencuba!
http://www.facebook.com/hadi.osman#!/video/video.php?v=1789659348554




This is very useful information that you have shared with us. Are you seeking for a packaging service that is second to none? We deliver quality-oriented and grade Custom Printed Boxes Packaging Ideas with printing to improve your brand prosperity.
ReplyDelete